Sunday, February 26, 2012

Journal Teambuilding


Alhamdullilah setelah sekian lama tidak mengemaskini blog kini diberi kekuatan untuk aktif semula membuat coretan motivasi, belum terlambat rasanya mengucapkan selamat datang 1433H dan 2012. Semoga tahun ini akan diberikan kekuatan oleh Allah untuk bersama-sama dalam memeriahkan dunia motivasi.

Kali ini kita telah diberi kepercayaan oleh Kolej Komuiti Segamat untuk mengendalikan program yang diberi nama "Transformasi Minda luarbiasa Cemerlang". Kami telah bersama pensyarah kolej selama 2 hari di bangunan mereka sendiri. Antara topik yamg dikongsi bersama ialah perubahan minda bagaimana melakukannya, sikap cemerlang dan bagaimana membuat perubahan dan pada hari kedua mereka telah berbengkel bermula dari pagi sehinggalah ke pukul 5.00 ptg. Alhamdullilah diharap semua peserta akan dpt berkongsi pengalaman baru walaupun terdapat satu dua yang agak keberatan untuk memahami perubahan itu datangnya dari dalam diri masing-masing.

Pada 23-25hb Feb 2012 pula kami telah bersama dengan kumpulan Pegawai dari Kulim Berhad yang beroperasi di Johor. Mereka adalah kumpulan dari Johor Corporation. Peserta yang mengadiri program ini seramai lebih kurang 17 orang dan merupakan individu yang penting di dalam perladangan. Antara perkara yang dirangkumi selama 3 h 2 m itu ialah IQ, EQ, SQ dan PQ. Dan antara slot yg menjadi kegemaran peserta ialah semasa berkongsi pengalaman dalam tazkirah selepas solat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tanpa anda AHADAN COACH tidak kemana.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP