Monday, December 5, 2011

Bank Simpanan Nasional-Teambuilding

Alhamdullilah,


Sekali lagi diberi peluang untuk mengendalikan program Teambuilding. Kali ini AHADAN COACH berpengalaman bersama sebuah banh yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu BANK SIMPANAN NASIONAL. Program dijalankan di AKLI Kota Tinggi selama 3 h 2 m yang bermula 2hb hingga 4hb Disember 2011. Peserta terdiri dari semua kakitangan dari seluruh Johor termasuk Cawangan Utama Negeri Johor di Wisma Maria.

Perkongsian pada sesi pertama ialah memahami apakah yang dikatakan paradigma dan apakah yang menyebabkan berlakunya paradigma. Seterusnya bagaimana melakukan anjakan paradigma. Untuk memahami lebih lanjut mereka telah diberi latihan membina prototype membina kapalterbang kertas. Ternyata masih terdapat lagi sebilangan mereka masih berada dalam paradigma lama. Setelah perbahasan berlaku barulah mereka sama2 bersetuju bahawa mereka harus melakukan anjakan paradigma.

Sesi kedua ialah memproses apakah yang dikatakan TAKUT dan memproses Zon Selesa. Pada sesi ini satu aktiviti dijalankan iaitu Trust Fall dimana mereka akan dinaikkan ke tinggian 7 kali dan diminta melakukan terjunan. Ternyata juga ramai yang cuba mengelak dari melakukan aktiviti ini tapi alhamdulillah semua peserta menjalani juga latihan tersebut. Setelah proses dilakukan barulah kefahaman dapat dimengertikan.

Bahagian kedua ialah melakukan aktiviti dalam kumpulan iaitu fast trak dimana diakhir aktiviti kami telah melakukan proses pemahaman dan alhamdullilah mereka semakin faham apakah yang dikatakan kerja berpasukan. Selesai fast trak kami menjalani satu lagi aktiviti yang dinamakan Key Punch dimana mereka harus melakukan perancangan yang baik untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Untuk menguatkan lagi tahap perancangan dan perlaksanaan kami telah menyediakan satu permainan yang dinamakan War Games. Disini mereka perlu merancang dengan baik dan melaksanakan perancangan mengikut perbincangan dalam pasukan.

Disebelah malam mereka melalui satu lagi proses permainan yang dinamakan Blind Trail dimana mereka dilepaskan seorang demi seorang dan diminta mengikut tali yang diberi sehingga kepenghujung. Disini penerangan dari sudut kerohanian diberikan.

Hari terakhir mereka dikehendaki melalui aktiviti selama 3 jam yang dimanakan misi I'M POSSIBLE. Kali ini mereka bergerak dalam satu pasukan yang besar yang dinamakan BSN mereka perlu melantik satu ketua yang akan memantau kesemua peserta yang lain. Alhamdullilah mereka selesai menjalankan aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan.

Terima kasih kepada semua peserta BSN dan terima kasih kepada semua krew Ahadan Coach termasuk krew AKLI.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP