Sunday, November 27, 2011

Usahawan Luarbiasa Cemerlang - Usahawan Perabot Negeri Johor


Alhamdullilah Syukur

Kami telah diberi peluang oleh Kolej Komuniti pasir Gudang untuk mengendalikan satu program keusahawaanan yang dihadiri oleh usahawan dari industri perabot negeri Johor. Program dijalankan selama 2 hari bermula pada 19hb hingga 20hb November bertempat di Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Antara perkongsian Ahadan Coach dengan usahawan tersebut ialah bagaimana menjadi usahawan yang dihormati, apakah kriteria yang menjadikan kita sebagai usahawan yang dihormati. Mengapa mereka menjadi usahawan dan apakah strategi utnuk menjadi usahawan yang dihormati.

Usahawan juga telah diberi pendedahan apakah itu misi dan visi dan mereka juga telah diberi laihan untuk membentuk visi dan misi syarikat masing2. Agak pelik walaupun mereka telah lama menceburi bidang perniagaan syarikat mereka masih tidak mempunyai misi dan visi. Alhamdulilah di perkongsian selama 2 hari ini mereka telah dapat memebentuk misi dan visi syarikat.

Mereka juga diberi pendedahan tentang analisa SWOT. Mereka sangat teruja kerana dapat mendalami secara teratur apakah yang dikatakan perniagaan dan apakah itu usahawan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP