Wednesday, July 6, 2011

ADTEC BP

Asalamualaikum,


Sekali lagi kita bersama di ruangan motivasi Ahadan Coach. Kali ini kami bersama dengan sebuah Pusat Latihan Tinggi di Batu Pahat yang lebih dikenali sebagai ADTEC BP. Kami telah bersama mereka selama 2 hari bemula 2 hingga 3 Julai 2011 bertempat di Nasuha Pagoh. Program yang dijalankan ialah "teambuilding"

Selama 2 hari aktiviti yang dijalankan hanya 5% sahaja di dalam kelas selebihnya ada diluar kelas dengan aktiviti yang telah kami susun. Hanya berada didalam kelas semasa hari pertama sampai disebelah pagi. Setelah taklimat diberikan dan setelah pembahagian bilik masing2 kami memulakan aktivi luar yang pertama iaitu Jungle Trekking. Perjalanan adalah selama 2 jam pendakian bermula dari jam 10.30 pagi dan turun semula pada jam 12.30 tgh hari. Setibanya dibawah mereka berehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Sesi kedua dimulakan pada jam 2.30 ptg. Aktiviti yang dijalankan ialah Flying Fox dan Halangan yang dijalankan serentak dimana 5 kumpulan menjalankan aktiviti flying fox dan 5 kumpulan membuat kembara halangan, setelah itu mereka bertukar aktiviti. Aktiviti tamat jam 6 dan setelah minum mereka berehat, makan malam dan solat sebelum slot seterusnya jam 9.00 mlm.

Sesi ketiga kami telah berpengalaman untuk menjalankan aktiviti Blind trail di mana peserta ditutup mata dan di minta berjalan sehingga ke penghujung. Mereka hanya berpandukan kepada tali yang direnteng panjang melalui beberapa halangan darat dan juga air. Aktiviti tamat jam 12.00 tgh malam.

Sesi keempat dimulakan setelah masuk hari kedua dan terakhir dimana aktiviti yang dijalankan ialah rakit. Juga dipecahkan kepada 2 kumpulan besar yang terdiri dari 5 kumpulan kecil. Mereka diminta membuat rakit dengan perbincangan sesama mereka dan setelah siap mereka diminta membuat aktiviti "water confidence" sebelum dibenarkan bertanding antara kumpulan. Aktiviti selesai pada jam 11.45 pagi.

Terima kasih kepada pihak pengurusan ADTEC BP yang memberi kepercayaan kepada AHADAN COACH untuk mengendalikan program ini dan insyallah diharapkan walaupun kita hanya berpengalaman selama 2 hari sahaja tetapi ilmu yg dikongsi akan berkekalan dunia dan akhirat.

2 comments:

AbuHakeem January 18, 2012 12:43 PM  

terbaiek....

jazakallah.

ahadancoach February 26, 2012 10:46 PM  

Alhamdullilah Allah terbaikkkk...dan anda jua terbaik. Terima kasih

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP