Tuesday, May 3, 2011

SMK RAJA MUDA - SPM/STPM

Assalamualaikum...


Alhamdulilah selesai sudah tanggungjawab yg diberi oleh Sekolah Menengah Raja Muda untuk mengendalikan program motivasi pelajar SPM dan STPM. Saya sangat teruja mengendalikan program di sekolah ini kerana inilah sekolah yang menjadikan apa yg saya capai hari ini.

Pelajar yang kami jumpa hari ini mengembalikan nostalgia saya sebagai seorang pelajar Sekolah Menangah Raja Muda Pt Jawa. Perkongsian saya pada hari ini sungguh berbeza berbanding mengendalikanya di sekolah lain.

Antara perkongsian kami ialah bagaimana mengubah minda ke arah minda kelas pertama. Bagaimana mengubah persepsi pandangan lama dan apakah tips anjakan paradigma.

Alhamdulilah di akhir pertemuan kami mereka mula faham mengapa mereka perlu berada di sekolah , mengapa mereka perlu belajar bersungguh-sungguh dan mereka juga faham mengapa mereka harus menghormati ibubapa dan guru.

Terima kasih buat semua terutama Pengetua Sekolah Menengah Raja Muda Pt Jawa, semua pentadbir sekolah, nit kaunseling dan tidak dilupakan semua pelajar yang terlibat. Insyallah kami doakan anda semua akan berjaya di dunia dan akhirat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP