Wednesday, May 18, 2011

Program Zakat Korporat Etiqa-Madrasah Istiqamah Simpang Baba Muar

Assalamualaikum Semua,

Alhamdulilah bertemu lagi di wacana motivasi AHADAN COACH. Kali ini kita akan berkongsi pengalaman di Madrasah Istiqamah Simpang Baba Muar untuk satu program zakat korporat anjuran Etiqa Insurance & Takaful. Ini merupakan program yang mereka tidak pernah tinggalkan sejak ditubuhkan. Etiqa Insurance & Takaful telah bergerak seantero Malaysia mencari pertubuhan2 yang layak untuk diberi bantuan. Kini tibalah masanya mereka berada di Muar. Alhamdulilah Etiqa Insurance & Takaful telah melantik kami untuk memikul amanah bagi slot motivasi dan pembangunan Insan. Kami telah diberi slot dari jam 10.30 pagi hingga pukul 4.30 ptg. Untuk perkongsian ini kami telah diminta untuk mengendalikan program pembelajaran outdoor memandangkan mereka telah biasa dengan pembelajaran didalam kelas maka Etiqa Insuranca & Takaful meminta kami untuk membuat sedikit kelainan iaitu "fun learning education". Seperti yang diminta beberapa permainan telah dikongsi. Antaranya paper aeroplane, Key punch, Traffic jamm dan beberapa permainan lain. Konsep yg kami buat ialah setiap 3 permainan kami akan berkongsi dengan anak-anak madrasah bagaimana permainan ini boleh dikaitkan dengan kehidupan mereka. Akhir kalam AHADAN COACH ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat En Azman Nordin dan Cik Zuriani kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengalas amanah ini. Juga tidak dilupakan semua warga kerja Etiqa Insurance & Takaful semoga Allah memberkati apa yang telah anda semua lakukan. Tidak dilupakan buat Mudir Madrasah Ustaz Amran dan semua anak-anak madrasah ISTIQAMAH Simpang Baba Muar.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP