Program Motivasi Anak-anak Veteran ATM
Alhamdulilah Syukur...
Hujung Minggu lepas selesai satu lagi tanggungjawab yang diamanahkan oleh AKLI resourses untuk mengendalikan program kedua yang dijalankan bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
Pada kali ini kami berada di Pejabat Pertanian Ayer Hitam dari 13hb hingga 15hb May 2011. Mereka datang dari sekitar Kluang, Ayer Hitam, Muar, Batu pahat juga sedikit dari Johor Bahru dan semuanya adalah 81 orang pelajar. Pada sesi pertama perkongsian mereka masih lagi di dalam zon masing-masing hanya berkawan dengan mereka yang dikenali dan yg dirasakan selesa sahaja. Namun setelah "Ice-Breaking" mereka mula selesa untuk berkawan dengan yg lain dan menjadi lebih mesra apabila pembentukan kumpulan dilakukan.
Perkongsian pertama ialah bagaimana menjadikan mereka individu yang bertanggungjawab dan memahami tugas dan tanggungjawab masing sebagai pelajar dan anak. Mereka juga diminta berkongsi bagaimana melihat keadaan sekeliling yang bermula sejak mereka bayi lagi sehinggalah setelah mereka berumur 13 hingga 17 tahun. Mereka juga berkongsi Pengalaman apa yang dikatakan paradigma dan bagaimana untuk membuang perangai lama. Juga tidak ketinggalan bagaimana melakukan anjakan paradigma serta tips untuk melakukannya.
Terdapat 10 perkongsian yang sangat bermakna buat mereka dan jika diamalkan akan menjadikan mereka cemerlang dunia akhirat dengan izin ALLAH.
Mereka juga berkongsi pengalaman apakah yang dikatakan SIKAP dan terdapat beberapa sikap yang menjana kepada positif dan sikap yang menjana negatif dan akhirnya pilihan ditangan masing-masing. Beberapa video klip tentang sikap juga dikongsi bersama. Kami juga berkongsi pengalaman bagaimana membuang sikap buruk dan perangai lama ynag negatif dan menggantikannya dengan perkara2 yang lebih baik. Di sini saya menggunakan konsep NLP untuk menyerap neuro pelajar-pelajar tersebut.
Perkongsian disurau juga telah dikongsi bersama Ustaz Amiru dan Ustaz Sidek. Banyak pembelajaran yang dapat mereka ambil terutama bagaimana tidur mengikut sunnah Rasullulah. Juga perkongsia mengenai Islam, Ihsan dan Iman.
Alhamdulilah diakhir pertemuan mereka sangat menunjukkan perubahan positif dan menjadi harapan semua agar positif itu berkekalan hingga bila-bila. INSYALLAH.


0 comments:
Post a Comment