LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
Assalamualaikum...
Alhamdulilah bertemu kita untuk kesekelian kalinya di ruangan Motivasi Ahadan Coach. Diharap pembaca akan berada dibawah redha Allah s.w.t kerana tanpa redhanya kita seakan buih dipantai walaupun banyak tapi tiada memberi sebarang erti. Kali ini saya inigin berkongsi dengan anda mengenai pengalaman mengendalikan program e-Kasih yang dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Program berlangsung pada hari Sabtu 30hb April 2011 bertempat di Pejabat Umno Bahagian Pasir Gudang. Peserta terdiri dari mereka yang berpendapatan 800 ke bawah dimana mereka meletakkannya sebagai peserta e-kasih. Mereka berkelayakan mendapat bantuan sama ada berupa kewangan mahupun barangan. Sebelum mereka menerima barangan atau bantuan tersebut mereka harus diberi pengalaman perkongsian bersama saya yang mana saya menamakan program ini sebagai Transformasi Minda Luarbiasa Cemerlang dan Usahawan. Antara perkongsian ialah bagaimana menukar pemikiran lama ke pemikiran baru. Topiknya ialah Paradigma dimana saya menerangkan kepada peser
ta bahawa terdapat 5 elemen yang mempengaruhi minda seseorang. Minda ini yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran positif atau negatif. Kami juga berkongsi pengalaman dengan peserta yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan apakah cabaran yang mereka harus tempuhi. Banyak juga kisah2 sedih yang dikongsi bersama peserta. Bahagian kedua saya berkongsi bersama mereka apakah perkara lama yang harus ditinggalkan dan memberi tips Anj
akan Paradigma dia dibahagian akhir kami berkongsi bagaimana sikap yang harus di contohi dan bagaimana mendapatkan sikap yang positif. Beberapa klip video juga ditayangkan kepada mereka supaya minda dapat terbuka dan memahami apa yang sedang dibincangkan. Alhamdulilah diakhir pertemuan saya dengan mereka, mereka bertanya berbagai soalan berkenaan bisnis dan yang mana saya mampu utk berkongsi kami berkongsi.


0 comments:
Post a Comment