Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah Melaka
Assalamualaikum Semua,
Sekali lagi saya diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk mencoretkan pengalaman. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurniaan dan rahmatNya lah kita bertemu sekali lagi. Kali ini saya hendak berkongsi dengan anda semua mengenai Syukur. Pengalaman minggu lepas membuatkan saya begitu insaf dengan keadaan saya pada hari ini. Jika pada hari ini kita semua merasakan kita sangat ditimpa kesusahan malah selalu merungut dengan kesulitan tapi minggu lepas Allah telah menghantar AHADAN COACH ke sebuah rumah anak yatim yang terletak di MELAKA iaitu KOMPLEKS ANAK YATIM FATIMAH AZ-ZAHARAH. Terdapat seramai 73 penghuni di situ. Mereka terdiri dari anak-anak yg pelbagai latarbelakang, ada yg kehilangan bapa, ada yg kehilangan ibu malah ada yg kehilangan ibu dan ayah dan mereka terdiri dari insan yg berumur 7 hingga 17 tahun. Hati saya sangat tersentuh melihat mereka berdikari seawal 7 tahun. Mereka mencuci baju , kasut sendiri malah mereka telah dilatih utnuk menyediakan makanan dan minuman bergantung pada dorm mana yg bertugas. Bukan senang untuk melentur mereka yg terdiri dari pelbagai latarbelakang dan masalah. Mungkin kita diluar melihat mereka ketawa dan bergurau malah ada dikalangan mereka yang mewakili rumah tersebut dalam pertandingan nasyid. Tiga hari Dua Malam kami menyelami perasaan mereka dan byk yg menginsafkan kami ttg kehidupan. Bantuan kebendaan sangat byk sampai kepada mereka namun dari segi emosi kerohanian siapa yg benar2 menyelami hati dan perasaan mereka. Rakan2 disekolah mereka malah cikgu juga menyisih mere
ka. Org diluar sana menganggap anak2 ini bermasalah sehingga ada yg tak mahu berkawan dengan mereka, saya sebak mendengar luahan mereka. Harus diingat mereka punya hak dlm dunia ini...dunia ini bukan hak kita yg senang saja(kononnya) malah untuk memandang rendah pun tidak boleh sepatutnya. Setelah menyelami mereka kami semakin faham mengapa mereka kadang2 bersikap kasar, kadang2 tak mahu berckp, kadang2 terlebih cakap, kadang2 sgt pemalu dan kadang2 melakukan sesuatu untuk menarik perhatian. Diakhir pertemuan mereka menyampaikan mesej kepada kami Jangan tak datang lagi.....


0 comments:
Post a Comment