Friday, May 27, 2011

Johor Specialist - Kumpulan Perubatan Johor

Asalamualaikum,

Apa khabar? Harap semua pembaca budiman berada dalam lindungan Allah s.w.t dan sentiasa diredhai. Kali ini saya berkongsi pengalaman bersama Johor Specialist. Program dijalankan di Ladang Nasuha bermula dari 24hb Mei hingga 26hb Mei 2011.

Mereka tiba dari Johor Baharu pada jam 10.00 pg dan diturunkan di IKBN Pagoh. Bermula dari sini kami telah merangka "xplore race" yang terdapat 7 check point. Mereka telah diberi 6 kumpulan. Bermula dengan melukis logo kumpulan dicheck point pertama sehinggalah menyusun abjad dicheck point terakhir. Pada mulanya mereka dilepaskan secara berkumpulan dan bertanding antara satu sama lain sehinggalah kumpulan pertama sampai dicheck point terakhir dimana mereka menyangka mereka adalah pemenang sehinggalah diminta menyusun abjad barulah mereka sedar harus menunggu semua kumpulan sampai barulah akan terbentuk perkataan yg diberikan.

Sesi yang kedua selepas makan tengahari dimana saya mulakan dengan slot Paradigma dan anjakan paradigma. Perkongsian yang baik dimana peserta mula sedar peristiwa lepas yang menjadikan sikap mereka positif atau negatif.
Petang mereka melalui pengalaman "trust fall" dimana ketinggian yang harus mereka naik ialah 4 kaki dan diturunkan kebawah. Sangat menarik perkongsian dengan mereka dimana selepas aktiviti tersebut baru mereka mengatakan takut harus diatasi mengikut situasi pada masa itu.

Hari kedua dimulakan dengan Jungle trekking selama 2 jam yang merentasi berbagai halangan didalam hutan. Selesai meredah kembara hutan mereka berpengalaman merentasi halangan sebanyak 8 halangan. Seterusnya menamat siang hari kedua dengan pengalaman "water rafting".

Hari ketiga kami memulakan aktiviti yang dipanggil "Mission I am Possible" selama 3jam sebelum menamatkan aktiviti luaran dengan perkongsian pengalaman melalui aktiviti tadi.

Terima kasih buat semua yang terlibat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP