Wednesday, April 27, 2011

Majlis Agama Islam Johor

Assalamualaikum,

Semoga semua berada di bawah lindungan Allah swt dan dirahmati adanya. Kali ini saya telah diberi tanggungjawab mengendalikan program teambuilding yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Johor pada 21hb April 2011 di Felda Residence Tg Leman. Mereka terdiri dari pegawai penyiasat seluruh daerah Johor yang bertanggungjawab mencadangkan kelulusan penerima zakat kepada pihak pengurusan. Walau dalam waktu yang singkat kami telah dapat berpengalaman dengan pengalaman yang menarik dan berguna. Antara perkongsian untuk melakukan perubahan minda ialah memahami apakah kebiasaan dalam diri sama ada ianya membawa kepada positif atau membawa kepada negatif dan mempelajari juga bagaimana untuk keluar dari kebiasaan yang negatif. Mereka juga berpengalaman tentang tips yang boleh dipraktik untuk melakukan anjakan paradigma. Terdapat 9 tips yang berkaitan topik tersebut. Salah satunya yang sangat penting dilakukan ialah "setting" iaitu niat perlu di "settingkan". Kami juga berkongsi pengalaman bagaimana untuk membuat setting minda tersebut. Sikap minda juga dikongsi bersama dimana terdapat 3 sikap minda utama yang menjana seseorang itu ke arah positif atau negatif. Pilihan adalah terletak ditangan kita sikap minda yang bagaimana menjadi pilihan individu. Kami juga telah melakukan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan topik didalam kelas kerana kami menggunakan konsep "bila dengar kita lupa, bila lihat kita ingat dan bila kita buat kita faham". Alhamdulilah di akhir program peserta bersetuju untuk melakukan perubahan yang ketara kerana semakin memahami tanggungjawab yang harus dilakukan dan amanah yang harus dipikul. Terima kasih buat pengurusan MAIJ kerana memberi kepercayaan kepada AHADAN COACH melatih para ustaz dan ustazah dalam membentuk satu pasukan yang mantap disamping memahami tugas masing dalam tugas seharian.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP