Wednesday, April 20, 2011

KRK DAN SEKOLAH KAWALAN - PPD

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi di ruangan motivasi AHADAN COACH dan kali ini kami telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan satu program yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Pr
ogram ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar2 yang bernaung dibawah program KRK dan Program Kawalan PPD untuk menimbulkan rasa kesedaran terhadap peperiksaan dan apakah matlamat mereka berada di sekolah. Kami telah berkongsi bersama mereka dalam topik PARADIGMA. Mereka telah didedahkan apakah unsur2 yang menyebabkan mereka hilang fokus dalam pembelajaran. Mereka juga berkongsi bagaimana mengeluarkan diri mereka dari sikap yang lama kepada sikap yang baru. Kami juga berkongsi pengalaman apakah tips2 yang boleh dilakukan untuk melakukan anjakan Paradigma. Alhamdulilah diperingkat ini mereka mula faham dan boleh menerima kenapa anjakan paradigma perlu dilakukan dengan segera. Kami juga mendedahkan kepada pelajar yang hadir seramai 380 orang bagaimana memaksimakan minda sedar untuk dilekatkan ke dalam minda separuh sedar sebelum kami mengakhiri pertemuan bersama mereka dengan topik sikap minda. Tahniah kami ucapkan kepada semua pelajar2 cemerlang tersebut kerana telah berusaha bersungguh2 untuk menerima apa yang kami kongsikan bersama. Akhir kalam AHADAN COACH mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah pasir Gudang kerana meletakkan kepercayaan kami untuk kami galas demi memartabatkan pelajar cemerlang daerah Pasir Gudang. Terima kasih juga kepada semua penyelaras PPD, guru pengiring serta semua pengetua sekolah yang terlibat. Tidak lupa juga kepada semua pelajar2 yang sangat komited untuk cemerlang.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP