Perjalanan Umrah
Seminggu dua ini tak banyak yang nak diceritakan mengenai aktiviti program korporat atau sekolah. Tapi alhamdulilah kali ini saya nak ceritakan tentang perjalanan saya mengerjakan umrah dari 19hb hingga 28hb Jun 2010. Perjalanan ini banyak memberi pengalaman merasa bukan hanya mendengar.
Bermula dari perkarangan Masjid Abu Bakar kami berkumpul untuk sama2 menaiki bas menuju ke Lapangan terbang Changi di Singapura. Agak sedih meninggalkan anak2 walaupun biasa meninggalkan mereka untuk menghadiri program2 motivasi, kali ini berbeza rasanya. Kami t
Hati menjadi hiba apabila sampai waktu ke Masjid Nabawi. Makam Rasullulah berada betul2 di depan mata terus teringat sirah baginda yang menyebarkan agama islam, bagaimana payahnya perjalanan baginda dan bagaimana cintanya baginda kepada kita, tapi kekadang kita umatnya macam tak kisah aje tentang perjuangan baginda. Kita hanya sibuk menyambut maulidur
Cuaca disana hemmm.....boleh tahan memang terasa bahangnya, dari hotel berjalan ke Masjid Nabawi mmg terus kering tekak dan hidung nasib baik ada air disediakan bila melangkah aje masuk perkarangan Masjid.
Dua hari kemudian kami bergerak ke Mekah untuk berada di sana selama 5 hari. Perjalanan dari Madinah ke Mekah memakan masa selama 7 Jam menaiki bas express. satu lagi keinsafan yang timbul dalam diri saya. Bayangkan kita menaiki bas pun memakan masa 7 jam inikan pula rasullulah dengan menunggang unta berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan cuaca yang sangat panas.
Di Mekah hati menjadi luluh apabila buat pertama kali terpandang Kaabah "Ya Allah sungguh besar milikmu, kekuasaanmu, rahmatmu" tidak boleh digambarkan dengan kata2. Pertama kali bertawaf ya allah tak berhenti2 air mata mengalir, masing2 dengan rasa yang berbeza mengikut niat dan tujuan masing2. Selesai Tawaf solat di makam Ibrahim seterusnya Sa'ei di bukit Safa dan Marwah.
Pengalaman yang sangat tak boleh diungkap dengan kata2 kerana di setiap tempat akan ada keinsafan yang berbeza dan runtunan hati juga berbeza2.
Hari terakhir semasa tawaf wida' lagi sekali hati sebak sehingga kaki tidak mahu melangkah meninggalkan kaabah hinggalah satu suara didalam diri memujuk kaabah sentiasa bersamamu...lihat dan renunglah dalam diri pasti engkau berjumpanya..... saya seperti tersedar apabila bisikan suara itu bergema dlm diri????


0 comments:
Post a Comment