PROGRAM MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB PRA-UPSR

MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB SOALAN PRA-UPSR 2010


OBJEKTIF

1. Motivasi - Teknik serta strategi belajar berkesan

2. Kaedah memahami & menjawab soalan mengikut format terkini

3. Tips belajar berkesan mengikut subjek

4. Motivasi & Persediaan pembelajaran

5. Pendedahan mengenai perancangan pembelajaran berkesan.


SILA MUAT TURUN BORANG DI BAWAH :


KLIK SINI : BORANG PROGRAM MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN


Sunday, July 12, 2009

SK LKTP BT 27 LENGA

Assalamualikum hamba Allah keseluruhan dan syukur kehadratNYA kerana masih lagi dipinjamkan roh dan nurNYA untuk kita bersama-sama menghambakan diri......

Kali ini saya telah dijemput khas oleh guru besar sekolah LKTP Bt 27 Lenga, Pn Norazizan untuk mengendalikan satu program yang dinamakan kem ibadah & motivasi kerohanian anjuran sekolah tersebut bersama-sama badan sekretariat pendidikan parlimen Pagoh dimana ianya juga kesinambungan program yang saya kendalikan pada bulan Januari 2009, alhamdulilah Allah masih mengizinkan kalamnya untuk berkata-kata di sekolah tersebut. Program kali ini agak menyentuh hati kecil ini kerana tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh Pn Norazizan serta seluruh warga pendidik SK LKTP Bt 27 ini, bukan sedikit yang digalas malah saya telah bersedia selama seminggu sebelum saya sampai di sekolah tersebut.
Program saya dimulakan selepas selesai perasmian yang dibuat oleh YB Tn Hj Tahir b.Mohd Taat dimana pada mlm itu saya mulakan dengan ikrar pelajar yang dibuat pada bulan Jan dimana ibubapa mereka sendiri yang membacakan ikrar tersebut, memang agak sayu pada malam itu kerana inilah pertama kali mereka membaca apa yang ditulis oleh anak mereka malah saya sendiri sebagai pengendali program tidak tahu apa yg ditulis sehinggalah malam tersebut. Malah lebih sayu apabila mereka melihat graf dan ikrar anak mereka tidak selari. Bukan sahaja ibu-ibu yang mengalirkan airmata melihat graf tersebut malah bapa-bapanya juga turut merasakan perlu melakukan sesuatu untuk membantu anak mereka mencapai apa yang dicita-citakan malah mereka juga berjanji dengan pihak sekolah akan berusaha sedaya mungkin membantu pihak sekolah bersama-sama menaikan nama SK LKTP Bt 27. Insyallah saya dapat merasakan peratusan pelajaran mereka akan meningkat jika adanya gabungan antara murid, ibubapa dan guru2.
Keesokannya saya berkongsi dengan pelajar2 tersebut bagaimana membuat persediaan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan. Mereka juga berkongsi bagaimana untuk menetapkan sasaran dan tumpuan. Alhamduliah nampak ada perubahan cuma apa yang saya beritahu mereka apa yg lebih penting ialah selepas kursus kerana perjuangan sebenar adalah diluar sana dan harapan agar mereka kekal bersemangat dan bermotivasi sehingga ke perjuangan yang terakhir iaitu peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 8-10 September ini.
Akhir kalam terima kasih buat Pn Norazizan (GB), Pn Rohana serta seluruh guru-guru SK LKTP BT 27 yang terus komited mendidik anak2 serta komitmen yang tinggi dalam menjayakan program sehingga berjaya. TAHNIAH anda berjaya insyallah ALLAH akan membalas semuanya. Juga terima kasih buat team Ahadan Coach Ummi Norizan, kak piEqa serta kak Faz tahniah anda juga berjaya membantu dengan jayanya.

3 comments:

sf said...

Salam perjuangan bro, sila teruskan perjuangan lu kat sana.

sf said...

Salam perjuangan bro, sila teruskan perjuangan lu kat sana.

ahadancoach said...

insyallah selagi allah bagi kekuatan gua akan teruskan perjuangan walau dimana allah letak kan...

Blog Widget by LinkWithin