
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhmadullilah syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi kekuatan untuk mengemaskini blog motivasi ini. Kali ini saya telah diberi peluang untuk berpengalaman bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program dijalankan selama 3 hari 2 malam pada 31hb Okt hingga 2hb Nov 2011 bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang.
Perjalanan kami dari Johor Bahru mengambil masa selama 5 jam dengan perjalanan yg santai. Sampai di Dusun Eco Resort kami meninjau sekeliling untuk mendapatkan mood serta mencari tempat yg sesuai untuk memasang b

arang2 latihan.
Peserta sampai jam 3.30ptg dan program pertama dimulakan dengan sesi pengenalan dan bersambung selepas Isyak. Tajuk pertama yang kami berkongsi ialah paradigma dimana peserta didedahkan bagaimana awalnya sikap seseorang itu terjadi dan akhirnya peserta berkongsi pengalaman bagaimana kapalterbang kertas membuka minda untuk berfikir di luar kotak pemikiran.
Hari kedua dimulakan dengan misi peribadi dimana peserta berkongsi pengalaman menetapkan apakah dan bagaimanakah mencapai matlamat yg diingini. Seterusnya mereka melalui satu pengalaman "trust fall" iaitu pengalaman mengawal tekanan dan ketakutan. Selepas makan tengahari mereka berpengalaman menyelesaikan masalah "traffic jammed" iaitu menguji kesabaran, komunikasi, arahan dan yg utama ialah sikap. Petang hari mereka berpengalaman melakukan perancangan dan perlaksanaan semasa menjalani aktiviti "war game". Seterusnya menguji fokus, kematangan, kepimpinan semasa melakukan aktiviti "key punched"
Hari ketiga adalah hari penentuan sama ada mereka dapat mengaplikasikan pembelajaran 2 hari yg lepas dimana pada hari ketiga tema yg diberi ialah KAMI. Mereka diminta berti

ndak, berkomunikasi, merancang serta berfikir dalam satu pasukan yang besar. Terdapat 4 aktiviti utama yg harus mereka selesaikan dimana ianya bermula dari jam 9 hingga jam 11 pagi.
Alhamdullilah syukur pada Allah kerana mereka dapat menyelesaikan tugasan diberi tepat jam 11 pagi.
Akhir kalam terima kasih buat KPTM kerana buat kali kedua memberi kepercayaan kepada AHADAN COACH mengendalikan program teambuilding anda. Juga terima kasih buat semua peserta program yg sporting dan berusaha untuk melakukan perubahan. Tidak dilupakan team AHADAN COACH yg bersama2 melaksanakan tugas dengan jayanya.
Read more...